Dari Meja
Nazir
Assamualaikum WBT kepada semua khususnya kepada ahli kariyah Masjid At-Taqwa Taman Desa Serdang
Selangor yang dihormati dan pengunjung Laman Web yang dikasihi sekelian. Semuga dengan kedatangan anda
semua ke Laman Web masjid ini, anda semua akan diberikan taufik dan hidayah Allah serta di bawah naungan
Allah jua.
Saudara/ri sekelian.
Di dalam suasana pendamik atau endemik COVID-19 ini, saudara/ri adalah diharapkan supaya lebih berwaspada atau lebih
berperihatin di dalam mengawal diri dan keluarga serta sahabat handai supaya semua adalah selamat dan sentiasa menjaga
kebersihan diri serta memantau tahap kemajuan kesihatan diri dan keluarga dari masa ke semasa. Sesungguhnya dengan
sifat kepeihatinan saudari/saudari terhadap perkara ini, maka usaha untuk Kembali kepada kehidupan normal seperti
sebelum ini dapat direalisasikan dengan secepat mungkin. InsyaAllah.
Saudara/ri sekelian.
Keprihatinan anda jua terhadap masyarakat tetangga seperti saling tegur –menegur, hormat-menghormati, dan tolong
menolong mampu menjamin keharmonian dan keselamatan sesama kita terutama dalam aspek pencegahan daripada
ancaman gejala sosial dan jenayah seperti rompakan, kes ragut, vandalisma, scammer dan sebagainya. Dalam hal ini,
diharapkan segala usaha murni kit aitu akan mendapat ganjaran daripada Maha Pencipta dan seterusnya kehidupan kita
akan berada di bawah paying naungan Allah jua. Aamiin.
Saudara/ri sekelian.
Kehidupan kita kini kian mencabar. Banyak teknologi baru dalam persekitaran dunia Teknologi Maklumat (IT telah
mempengaruhi kehidupan kita. Secara sedar atau tidak, kita kadangkala terpaksa melalui dengan mempelajarinya, walaupun
kadangkala proses pembelajarannya itu kita hadapi samada secara sedar, formal ataupun tidak. Namun semuanya itu
kadangkala akan memberikan kita banyak faedah sekiranya kita tahu bagaimana untuk menguruskannya secara baik dan
bersesuaian dengan masa dan ketika. Oleh itu kita sebagai pengguna IT, kita haruslah bijak menggunakannya supaya faedah
yang diperolehi bukan sahaja boleh diterjemahkan di dalam bentuk output atau kebendaan semata-mata tetapi juga sebagai
umat Islam ianya juga boleh ditafsirkan di dalam bentuk pahala yang mana boleh kita gunakan untuk kegunaan di hari
kemudian ketika bertemu dengan Allah SWT kelak. Mudah-mudahan kita menyedari tentang hakikat kelebihan IT ini demi
untuk manfaat semua. InsyaAllah.
Saudara/ri sekelian.
Akhir sekali, terima kasih kerana sudi menziarahi atau singgah di Laman Web Masjid At-Taqwa Taman Desa Serdang ini dan
diharapkan saudara/ri semua mendapat faedah daripada sesi persinggahan atau ziarah ini. Aamiin. Saudara/ri dijemput
datang lagi agar maklumat dan pengetahuan yang dihidangkan akan bertambah dari semasa ke semasa. Sesungguhnya
segala yang baik itu daripada Allah jua dan segala kekurangan itu daripada pihak saya jua. Terima kasih. Wassalam.
Prof. Ts. Dr. Haji Rusli bin Abdullah
Nazir,
Masjid At-Taqwa Desa Serdang
